Saturday, 29 June 2013

~kemanisan perjuangan~

. ."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.


Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya – "

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.


Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.


"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.


Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang

semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?


Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.


Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.


"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.


"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.


Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.


"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.


"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.


Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.


Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.


"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.


"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.


"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.


"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.


"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.


Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.


"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.


"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.


"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.


"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.


Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


"Perjuangan," jawab Fikri



c&p
Cerpen: Kemanisan Bermadu Dua

Oleh: Izzat Anwari

Wednesday, 19 June 2013

EA

assalamualaikum..pg ni najah terjaga dgn senyuman di bibir..sbb?sbb semalam ari yg sgt indah bersama keluarga ku..berboling>makan2>lepak2...maseh kelab ekonomi...bila bersama k0rg..segala masalah hilang begitu aja..najah x tahu mcm ne nak gtaw k0rg..yg najah syg sgt2 kat k0rg..tp semalam gak ari yg menyedihkan..sbb sedar x sedar..kak lin akan pergi meninggalkan kita..dah ilang se0rg akak yg penyayang..kak lin..kami semua d0akan agar kak lin berjaya di dunia dan di akhirat dalam segala aspek..syg kak lin sgt2.. =) 


tp p0s kali ni najah nk ucap. SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA EYKIN AZMY..se0rg sahabat yg tiada tandingannya..dya b0leh mnjd m0tivat0r,rujukan dan juga tpt meluahkan sgala isi hati..maseh sahabat..kehadiran mu tiada tandingannya..awak ada keistimewaan awak yang tersendiri..yang x ada pd 0rg lain..sy senang sgt b0leh kawan dgn awak..dan syukur x terkira sbb awak mnjd sahabat saya..bak kata press..'kita berjumpa dan berpisah kerana ALLAH'..hehe..papep0n awak.tahniah sbb dah mnjd 20 tahun..welk0me t0 the club..hehe..kami semua syg awak sgt2 AKAK EYKIN =P


~sanah helwah ukhti~

Tuesday, 18 June 2013

tersurat dan tersirat

assalamualaikum..alhamdulilah..saya dah habis 3 exm...tinggal las paper je es0k..aplikasi k0mp.tp x tahu nk study apa..huhu..mo0d exm dah berubah..dah menjadi mood nk balik rumah..nk tgk muka mama abah..ma abah..aja rindu sgt200..ckp tepon pon x leyh nk hilangkan rindu ni..dah x tertanggung asa..byk bnda aja nk share ngn mama..aja nk mnx nasihat mama,,anak mama dalam bahaya sekarang..hehe.. =) time aja cita kat mama ritu pasal dia..mama pernah pesan dulu..suruh banyak dekatkan diri dgn ALLAH..byk istighfar..aja dah cuba buat mama..aja siap jauhkan diri dari dia..tp bila aja jauh dgn dya..aja jd rindu plak kat dya..skrg hanya mampu luahkan rindu tu kat dlm d0a...aja x nak dya tahu..tp aja p0n x tahu kenapa aja jd mcm ni..pelik kan anak mama ni?hmm..maaf la mama..sbb x jaga aty el0k2..dya diketuk saat aja x sedar..2 3 ari ni..aja lg selalu teringat kat dya..xsuka3.. :'( 

cepatlah ari berlalu..nk balik rumah..nk lupakan benda2 yang jd kat sini..dah x sanggup nk jd mcm ni..moga2 10 ari cuti yang ada,..cukup utk mengubat penyakit aty ni..dah x larat nk kena marah ngn ida..hehe..s0ry la ida..kesian awak..kena jd pendengar setia saya...kena layan je semua karenah saya..awak bg hujah A..sy balas hujah B..huh..syg awak sahbat ku =) 

semoga short sem ni..saya dapat jadi 0rg yang baru..dgn aty yang baru...hehe..m0ga saya kuat..YA ALLAH..kuatkanlah semangat ku..agar ku kuat demi mencapai MARDHATILLAHMU YA ALLAH 

~amin~

Sunday, 16 June 2013

hijrah satu permulaan


assalamualaikum...alhamdulilah..diri ini ku rasakan makin hari makin menemui ketenangan itu..benarlah kata2..jika ingin mencari ketenangan,..carila ia dgn merapatkan diri kita kpd ALLAH S.W.T..ketenangan hakiki insyaALLAH menjadi milik abadi..


syukur sgt sy asa..di saat diri terkapai2 mencari hidayah..sahabat2 menghulurkan tangan.membawa saya bersama utk berhijrah..ya saya kuat utk menahan nafsu jahat dgn adanya nasihat dr sahabat2..syukran sahabat2 ku..indahnya satu penghijrahan..walaupun ini masih di permulaan..d0aku..agar kita semua kekal di landasan yg benar demi mencari MARDHATILLAH...insyaALLAH..


~3S~
~Sahabat Sampai Syurga~

cinta Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah Az-Zahra


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
 ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.” 
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
  
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.Seperti ’Ali.Ia mempersilakan.Atau mengambil kesempatan.Yang pertama adalah pengorbanan.Yang kedua adalah keberanian.



Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”


Saturday, 15 June 2013

MAAF>>>>>

assalamualaikum....p0st kali ni..saya nk tuju khas utk sahabat saya..awak..saya baca p0s2 awak...saya baca k0men2 awak..saya tahu awak ada masalah..tp kenapa awak x cerita dgn saya awak?maaf la awak..sbb dah beberapa ari x k0l awak..saya x tahu kenapa awak...saya asa saya makin jauh dgn awak..masalah saya p0n..sy x share dah dgn awak..bukan sbb saya x nak..tp saya x nak selalu curi masa awak dgn 0mate awak..awak dgn 0mate awak kan dah bebaik..x nak la sy keruhkan keadaan..huhu..s0ry ye awak sbb x share masalah saya dgn awak..tp ada hikmahnya..sbb awak p0n dalam masalah skrg..apa2 p0n..saya harap awak dapat tempuhi masalah tu dgn tenang..ALLAH sentiasa bersama kita..awak jgn lupa tu..klu semua manusia pergi meninggalkan kita..ALLAH x pernah tinggalkan kita..sy minx maaf sgt2 awak..sbb saya x peka dgn awak..sy x dpt nk tangkap yang awak lagi ada masalah..maaf sgt2..saya d0akan awak bejaya dalam exm ni,...x nak stress2 lg ye awak..syg awak selamanya 


Friday, 14 June 2013

H.I.D.A.Y.A.H

assalamualaikum...hari ni saya nk ckp pasal hidayah..sejak dua menjak ni..sy dan sahabat2 sering berbicara tentang penghijrahan..dr jahat kpd baik..dari malas kpd rajin..kebanyakan berkisar mengenai hijrah..alangkah indahnya andai kita mampu melakukan penghijrahan setiap ari..dan istiqomah dgn hijrah tersebut..alhamdulilah..hari ni saya melihat satu penghijrahan sahabat saya..tahniah sahabat..moga awak istiqomah..saya sentiasa berada di sisi awak..selagi terdaya..saya akan bantu..saya juga masih baru berubah..masih turun naik imannya..andai saya terleka..saya harap awak bawa saya pulang ke jalan yang benar..saya juga x kuat awak..saya insan lemah..


sebaik sy tgk awak berubah..saya terpikir..bila saya nk berubah jugak..langkah pertama saya..saya buang FB saya..sy syg FB tu sgt..dalam tu ada mcm2 pahit manis saya..tp dalam tu juga..ada mcm2 jenis dosa yg saya lakukan..saya x menjaga batas saya..saya lalai..saya alpa..jadi untuk menebus semua tu..saya tutup buku lama dan bukak buku baru..sy akan cuba minimumkan sahabat muslimin..maaf sahabat2 muslimin..sy perlu lakukan ini utk terus menjaga aty saya dr terus lalai..saya x nak lalai begini =)


insyaALLAH lepas ni..saya kena banyak kan lagi usrah..menguatkan lagi kekuatan r0hani..najah...tl0ng la kembali ke pangkal jalan..awak tu dah melalut ke laut..tahu x? -_- 

pape p0n saya hanya berharap.. ALLAH tetapkan aty saya utk teros berubah..utk istiqomah dlm perubahan ini..aaaminnnn ...

Wednesday, 12 June 2013

titik permulaan

assalamualaikum..malam ni entah kenapa..bila berse0rangan gini..bila m0od nk study x de..aku mula la duduk sendirian atas katil..aku muhasabah diri balik..ya ALLAH dah jauh tersasar aku rasakan..mana najah yg dulu..mana najah yang disayangi ramai dlu? mana najah yg mampu memberi tzkirah? mana najah yg mampu menjadi naqibah? adakah zaman kegemilangan aku hanya takat sekolah sj?kenapa aku harus mnjd begini..jwpn dya..ada dlm diri aku sendiri..aku membiarkan ati aku,r0hani aku haus..dahaga kan pengisian...maafkan aku kerana x mengisi pengisian r0hani dgn secukupnya..masa di matrik..ada juga masa aku ke masjid..berjemaah..alhamdulila..zaman matrik aku x byk beza dgn zaman sekolah..hubungan aku dgn lelaki turut terjaga..aku masih menjaga batas2 pergaulan..tp skrg?zaman u?zaman aku mnjd mahasiswi?tp mana nilai2 se0rg mahasiswi islam?kenapa semua tu x ada dlm diri aku..

ye aku akui..aku se0rg yg susah nk diam...aku mmg sgt suka bercakap..dr zaman sek ren lg..tp alhamdulilah..aku dlm pr0ses mengurangkan kata2..0k itu mmg cfat azali aku...tp hubungan aku dgn bukan mahram?kenapa aku asa aku makin hari makin l0nggar..makin x jaga batas..makin langgar je semua yg ada..tl0ng la najah!jaga diri anda..behave y0rself..jgn hampakan harapan mama n abah..mama n abah percaya aku mampu jaga diri..sebenrnya aku lemah..depan mereka..aku kuat..sbb aku tahu ada mama n abah di belakang..tp bila sampai sini?aku mula lara..

akar umbi semua masalah ni bila aku mula suka seni0r ni..0k tekad aku satu je skrg..aku hanya mampu bed0a..andai dya j0d0h aku...temukan dya dgn aku..tp klu dya bukan j0d0h aku..aku nk lupakan dya..m0ga aku mampu..aaminn..

alhamdulilah ALLAH turunkan sahabat2 yg memberi s0k0ngan utk aku bangun semula..di saat aku asa d0wn gila..syukran MIZA>IEDA>EYKIN>CT>DAYAH atas s0k0ngan dan d0r0ngan yang diberikan..insyaALLAH sama2 ye kita berubah..uhibbukum fillah abadan abada...kata2 k0rg telah menyedarkan aku..syukur dapat shbt seperti k0rg =)

Friday, 7 June 2013

~A3 308~


assalamualaikum..tetiba asa nak menaip je ari ni..ari ni aku nk sembang pasal 0mate2 aku yg tercinta.. (intan>ziera>dayah)..rindu k0rg sgt2..rindu sgt2 sbb kita hanya habiskan masa satu jem je..bila sem 2..aku lari dari k0rg..aku g lepak a1..sepjg sem 2..aku lagsung x teg0 k0rg..selisih tepi jln p0n..wat x taw je..s0ry sgt2 weyh..x taw nak kata mcm ne..pengecut kan aku?lari dr masalah..lasly masalah tu x settle..sedih sgt aku asa bila aku baca ayat intan td..dya mencari di mana aku ketika dya al0ne..s0ry dear..aku x bemaksud nk tggalkan k0..aku p0n x paham ngn diri aku ni..s0ry sgt2..x tahu dah nk kata apa..yg aku tahu..aku sgt rugi..sbb buang masa g2 je..tgk la skrg...dah sgt2 susah nk jumpa k0rg..bet0lla 0rg kata..bnda yg jauh tu la yg akan kita kenang..intan..k0 la r0mate aku yg plg baik..aku x jumpa lg 0mate mcm k0 intan..aku p0n x paham kenapa aku wat mcm tu kat k0..zira dayah..k0rg la pembakar semangat aku..bila aku malas..k0rg bg semangat..tp x tahu kenapa,aku sggup tinggalkan k0rg semua..aku menyesal sgt skrg :'(

ini je kenangan antara kita yg aku ada..tiap kali rindu k0rg..aku akan tgk gmbar2 ni suma..aku x tahu nk cita apa..tp yg pasti..k0rg sentiasa di aty ini.. =)















































~rindu sayang sedih minx maaf~