Saturday, 20 July 2013

reunion >> selayang

salam ramadhan..dah berhabuk pon blog aku ni..hehe..x sempat nk update..cehh...ayat bajet je kan?hehe..alhamdulilah rindu yg ditanggung sekian lama telah pon dihuraikan..19.7.2013..tarikh yg ditunggu2 selama ini..walaupun kitorg x dpt berkumpul semua..tp separuh pon dh memadai..dah x larat nk tanggung rindu kat korg..hehe..seronok sgt rasa dpt keluar ramai..JIA>IEDA>MAI>IMRAN>YART..pengalaman 3 jam di atas jalan sgt berharga..haha..seronok sgt duduk dlm jem..

pejalanan kitorg bermula jam 4 ptg..thx kpd driver kekal kitorg..amirul hidayat..hehe..yat setia je ambil kitorg dr satu kolej ke kolej yg lain..aku org las yg diambil..dah selesai mengambil org..kitorg pon mula bergerak..mak ai!!elok smpai atas highway..jalan dah jem gila =( kesian aku tgk yat..dah la keta  manual..kalau la aku yg drive..mmg dah give up la..lenguh kot..kejap2 tukar gear..main klas..huh!penat3..hehe..tp yat mmg sporting..hehe..relax je dya drive...sambil tersenyum lebar g2..haha...asar nya kitorg singgah di sg buloh..pastu terus kan lg perjalanan..

tepat 7.30..kitorg smpai kat rumah jia..dah smpai umah dya..pakat lawan malu plak nk keluar dr kereta..so setia je la tggu dlm kereta sampai jia keluar..pengalaman first juga..kitorg bukak dgn makan roti gardenia 70 sen tu..dlm kereta g2..hehe..nasib aku bawa stok dlm beg..tp air x de la plak..huhu..elok je abis makan roti tu..tuan rumah keluar..sambung la makan otak2 ngn buah plak kat umah jia..kitorg maghrib d c2..perut time ni dah berkeroncong habis..muka masing2 dah lapar je,,haha...kena tunggu tuan putera khairul imran plak sampai..

elok je imran sampai..kami teros keluar nk g cari kedai makan..yg ni la moment plg seronok..dekat sejam lebih kitorg ada atas jalan..sebab?bukan sebb jem..tp sebab sesat..haha..mmg hebat la jalan kat selayang.org selayang pon boleh sesat..dahsyat2..haha..bila dah keja sesat je..muka yat pon mula la berubah..haha..siap ugut nk balik bangi kalau sesat lg..lasly kitorg decide..makan je kedai mana2 yg ada..sampai la satu kedai..SURIA..waw...mewah je nampak kedai tu..bila kitorg dah duduk coomey2 je..waiter dtg n gtaw..sory la..ari ni yg tinggal western je..gulp!semua terdiam..nk makan nasi maa..haha..so dgn penuh nekad..kitorg bangun dan keluar dr kedai tu..g makan kedai lain..

besar gak makan malam tu.thx tu JIA sbb belanja kitorg makan..hehe..thx sgt2 aw cyg ;) lepas makan2..tiba2 je jia x nak pisah lg ngn kitorg..ikut aku..aku nk je tido umah jia..x abis lg rindu..tp kesian kat yat...dya nk balik..so lepas makan..kitorg sambung mainn boling..mmg lawak la cite dya..jia ngn imran je yg pro main boling..yg lain semua longkang je..haha..imran main plg hebat...dya main sentiasa bergaya..paling lwak...kalau dya baling penuh gaya..tp lasly bola tu masuk longkang..haha..buat rugi bergaya je kan? =P main punya main sampai dekat kol 1..

tiba la masanya kami kena berpisah..berpisah la kami di selayang mall..imran dan jia..aku ieda mai yat..bergerak la masing2 ke destinasi masing2..thx syg2ku semua..memory ngn korg x kan pernah terpadam..rindu n syg korg kerana ALLAH..insyaALLAH ada rezeki kita jumpa lg ye..hehe

Saturday, 6 July 2013

photoshop

assalamualaikum..dah lama x menulis kat sini..gara2 dah terpaut dgn running man..haha..masa2 luang dihabiskan dgn tgk RM..g bejalan p0n dah malas asa..hehe..

p0st kali ini sbb nk kongsi pengalaman belajar photoshop..thx kpd sifu ku..syafiq ngn faiz..thx k0rg sbb sudi ajar kit0rg..mmg terbaik la k0rg..sanggup habiskan sehari mengajar kami semua yg mmg zer0 pasal ph0t0sh0p ni..hehe..

hasilnya..semalaman aku x td0 smlm..sbb?semestinya layan running man..haha..aku gak mempraktikkan apa yg diajar syfq..ser0n0k gak asanya bila edit2 gambar ni..best nya kan kalau pandai mengedit gambar..hehe..

ni hasil nukilan aku..tp dah semestinya ada kecacatan..kih3..saya budak baru belajar la katakan..kih3.. =)


adab membaca ALQURAN


Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.
Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.
Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:
  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.


cara khatam AL-QURAN dalam tempoh 30 hari


Tahukah anda cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam Bulan Ramadhan yang bakal muncul beberapa hari je lagi..

Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :
1. Dalam Al-Quran Mus-haf Uthmani, setiap juzuk Al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:-2 muka surat sebelum solat fardhu-2 muka surat selepas solat fardhu.

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan..

Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadan Yg Mulia Buat Semua.. Semoga Segala Amalan Kita Diterima.. Amin..